Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Jum Sihat, Dengan Minum JUicY Juice!!!







Korang pernah dgr durian belanda? Or dlm mat salehnya (soursop)…ok buah ni cam ala2 durian tp duri die lembut la…kebaikan nye disini adalah die mampu melawan penyakit cancer lebih kuat dari perubatan hospital atau kemo..hebat an??. Tp malangnya ia diselindungi oleh syarikat farmaseutikal dunia. Mgkin takut ekspliotasi pasaran mgkin…dan kite warga Malaysia perlulah bersyukr durian belanda tumbuhsegar di Malaysia…Namun masih ade lg jusz buah lain mgkin leh bg kite sihat…jum kita lihat antara kebaikannya…

10. Juz Avokado
Kebaikan:
  • Membentuk sel darah merah
  • Mencegah anemia
  • Untuk wanita mengandung, folik asid yang ade dalam avocado boleh membantu tumbesaran otak bayi dan pembentukan tulang belakang bayi.
  • Mengawal lemak jahat (LDL) dan meningkatkan lemak baik dalam badan (HDL)
  • Mencegah stroke
09. Juz Tomato
Kebaikan:
  • Mempunyai kadar antioxidant yg tggi utk melindungi badan dr radikal bebas.
  • Lyopene di dalam tomato boleh mencegah kanser prostat (baik utk lelaki)
  • Bagi mengekalkan berat badan yang ideal yg korang de skrg ni, yang mana nak gemuk leh tambahkan selera…hihihi…mcmana tuh??cam tahu2 je tomatos ni.
  • Mengelakkan dari sembelit
  • Mempunyai glycogen yang boleh stabilkan fungsi hati.
08. Jusz Epal
Ingat x, kata2 org puteh ni “one apple, one day away from doctor” lebey kurg camtu la…ye ke dak ni…meh kite tgk ape baiknya die ni..:
  • Quercetin adalah anti-cancer dan anti-radang
  • Pectin boleh membantu membuang kotoran dlm perut…btul gak asenya..
  • Menurunkan level kolestrol, tekanan darah, dan kandungan gula badan…
  • BOLEH MENGURANGKAN SELERA MAKAN…huhu…(ini I Like!!!)
  • Klu sakit kepala try mkn epal…ok x??hihiihi….
07. Juz Stroberi
·         Ellagic acid, bertindak sbgi antioxidant untuk melawan radikal bebas yg masuk dlm badan
  • Menhalang sel tumor utk tumbuh dalam payudara, cervix dan peparu dll.
  • Membersihkan sistem pencernaan.
  • Mengawal level kolestrol.
  • Mengurangkan level kolestrol.
06.Jusz Guava
  • Mengurangkan kolestrol dalam darah dan menurunkan tekanan darah.
  • Mengelakkan sawan
  • MENGURANGKAN BERAT BADAN (suka lagi!!!)
  • Vitamin C dalam Jusz Jambu Pink ni…menyembuhkan batuk dan selsema.
  • Boleh menyembuhkan ciret dan biret (diarrhea)
  • Mengelakkan kerapuhan tulang…
05. Jusz Buah Kiwi
  • Kaya dengan Vit C, utk melindungi diri dari sel kanser.
  •  Kaya dengan fiber utk mengelakkan sembelit.
  • Potassium membantu menstabilkan tekanan darah
  • Mencegah jangkitan, dan kedutan pra-matang
  • Sangat sesuai bagi pengidap penyakit jantung.
  • Menyembuhkan demam dan selsema.
04. Juz Buah Mangga.
  • Sebagai disinfeksi, utk membersihkan badan dan darah dalam badan.
  • Kaya dengan Kerotinoid yang boleh mencegah colon cancer dan kanser servik.
  • Menyegarkan sel dalam badan
  • Mencegah bau badan yang disebabkan oleh bakteria.
03. Jusz Buah Noni
  • Menguatkan sistem imun..
  • Stabilkan tekanan darah.
  • Boleh melawan tumor dan sel cancer.
  • Scopoletin, memberi fungsi sebagai anti-radang dan anti-allergi..
  • Bagus bagi penyakit : Darah tggi, strok, diabetes, migraine, vertigo, vaginal discharge, sakit sendi..dll
02. Jusz Buah Delima

  • Tannins boleh memusnahkan cacing pita, pinworms, dan round worms didalam perut melalui najis.
  • Kaya dengan Vit A,C, E dan asid folic bagus untuk wanita mengandung..
  • Kaya dalam antioxidant yang membantu utk mencegah arteri dari tersekat yang disebabkan oleh kolestrol..
  • Mencegah berlakunya kanser prostat.
01. Jusz Durian Belanda
Keajaiban jus durian belanda
  • Cari dan pilih sel jahat dari 12 jenis kenser seperti kanser payudara, prostate, paru-paru, kolon pancreas dll.
  • 10,000 kali lebih kuat utk menahan sel kanser dari perubatan biasa dan kemo..(Subhanallah!).
  • Jusz adalah jenis selektif yang mana ia hanya memusnahkan sel jahat dan tidak ke atas sel yang sihat. Yang chemo therapy ia akan memusnahkan semua jenis sel.
  • Menguatkan tenaga, sistem imun, dan mencegah dari jangkitan.
 

Read more...

Selsema Burung


Selsema burung
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong
Apa itu Selsema Burung
Selsema burung atau ''influenza avian'' merupakan penyakit burung berjangkit yang mengakibatkan penyakit yang serdahana atau teruk. Semua burung dijangkakan boleh dijangkiti oleh penyakit selsema burung, walaupun sesetengah spesies lebih tahan daripada yang lain. Sesetengah bentuk selsema burung boleh menjangkiti manusia.
Sebab selsema burung
Selsema burung disebabkan oleh 15 sub-jenis virus selsema "influenza" A, sub-jenis selsema burung "avian influenza". Virus yang rendah kemudaratannya mampu, selepas pendam dalam populasi burung atau ayam untuk jangka masa tempoh yang pendek, mampu berubah menjadi virus yang memudaratkan "highly pathogenic". Sehingga kini, semua wabak yang dalam bentuk memudaratkan disebabkan oleh virus selsema A atau H5N1 dari keluarga Orthomyxoviridae, sub-jenis tunggal yang menyebabkan wabak teruk dikalangan manusia.
Cara selsema burung tersebar antara ayam atau burung.
Sentuhan secara langsung dengan burung atau ayam yangdijangkiti, terutamanya najis dan cecair badan, makanan tercemar, air, peralatan sangkar, kenderaan pengangkut, telur pecah yang tercemar, dan pakaian. Burung liar atau burung laut yang tidak menunjukkan sebarang tanda juga boleh menjadi pembawa virus ke pada haiwan ternakan.
Burung yang sembuh dari jangkitan masih mempunyai virus di dalam badan selama 10 hari yang tersebar melalui najis dan cecair badan. Virus yang memudaratkan ini mampu tahan untuk tempoh masa yang lama di dalam tisu badan (daging), air, dan persekitaran, lebih-lebih lagi sekiranya cuaca sejuk.
Jangkitan selsema burung kepada manusia
Selsema burung boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan secara langsung dengan burung liar atau diternak melalui cecair pernafasan, bahan kumuhan, dan permukaan yang tercemar. Terdapat juga kes yang mana virus selsema burung turut dikesan di dalam ternakan babi di Lembah Gelders, Belanda.
Berasaskan pengetahuan semasa, tidak terdapat kes jangkitan virus H5N1 kepada manusia melalui ayam mentah, dibekukan, atau makanan beku berasaskan ayam. Oleh kerana virus H5N1 mudah musnah apabila dipanaskan, jangkitan selsema burung tidak merebak melalui daging ayam yang dimasak dengan sempurna.
Kerisauan terhadap jangkitan selsema burung
Terdapat beberapa sebab kekhuwatiran terhadap jangkitan selsema burung

1. Jangkitan selsema burung mengakibatkan banyak kes kematian.
2. Influenza A yang menyebabkan selsema burung mempunyai keupayaan dan kecenderungan untuk berubah dan bergabung dengan virus sub-jenis influenza dalam manusia, menghasilkan sub-jenis Influenza A yang baru. Sub-jenis baru ini mampu mempunyai ciri-ciri virus selsema manusia yang mudah menjangkiti sesama manusia. Ketiadaan daya ketahanan kepada virus jenis baru ini disebabkan tiadanya jangkitan lepas dan ketiadaan vaksin kepada virus ini untuk mengawal wabak selsema burung, mampu menyebabkan kes jangkitan dan kematian yang tinggi di kalangan penduduk dunia.

Disebabkan keupayaannya untuk menyebabkan penyakit teruk (kemudaratan tinggi) dan berubah menjadi wabak, selsema burung telah menyebabkan wabak dan kematian ayam yang tinggi. Industri penternakan ayam dan industri makanan dibimbangi menghadapi tekanan yang tinggi yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi dan kesan sosial oleh mereka yang kehilangan pekerjaan dari penternak, pengedar, pengangkutan, pekedai, penjaja makanan, dan semua yang terbabit dalam industri makanan.
Tanda jangkitan selsema burung dikalangan ayam
Jangkitan selsema burung menyebabkan tanda yang berbeza pada ayam / burung, dari sakit serdahana sehingga kematian mengejut yang mudah berjangkit mengakibatkan wabak yang teruk.
Penurunan pengeluaran.
3. Pengurangan mengejut dalam penghasilan telur
4. Kepala bengkak dengan lebam dan balung bewarna biru hingga biru gelap dan bintit bisul
5. Pendarahan pada selaput dalaman
6. Kematian mengejut di kalangan ternakan ayam yang boleh mencecah 100%
7. Kesukaran bernafas
8. Lembik atau lumpuh
9. Ayam yang cirit birit secara meluas

Pengasingan virus perlu untuk pengesahan yang tepat.
Tanda jangkitan selsema burung dikalangan manusia
Virus A H5N1 serupa dengan virus selsema lain dan kebanyakannya terhad "self-limiting".
Tanda awal adalah demam dengan suhu melebihi 38 darjah Selsius) , lemah "malaise", "myalgia", perit kerongkong, dan batuk. Mata dan hidung berair dan keradangan "conjunctivitis" dapat dilihat pada sesetengah pesakit. Demam yang berlarutan adalah tanda yang jelas. X-ray dada berguna untuk mengesan jangkitan virus pneumonia awal.
Sebab kematian dan komplikasi adalah paru-paru berair "pneumonia" disebabkan virus, sindrom kesukaran bernafas, dan kegagalan pelbagai fungsi organ.
Cara membezakan jangkitan selsema burung dengan jangkitan selsema biasa, paru-paru berair "pneumonia" atau masalah pernafasan biasa.
Seseorang pesakit disyaki dijangkiti oleh selsema burung sekiranya pesakit mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan kerja pengendalian ayam atau burung. Ini termasuk penternak, penyembelih, pengangkutan (pemandu lori ayam) dan lain-lain.
Rawatan selsema burung.
Rawatan boleh dimulakan tanpa menunggu pengesahan makmal bagi jangkitan H5N1. Rawatan bagi jangkitan H5N1 pada asasnya serupa dengan virus selsema lain. Ubat-ubatan anti virus, sesetengahnya boleh digunakan untuk rawatan dan pencegahan secara perubatan berkesan bagi melawan virus jenis influenza A dalam orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat, dengan sedikit kelemahan. Sesetengah ubat-ubatan ini juga terhad dan harganya mahal.
Bagaimana mencegah jangkitan selsema burung
Larangan mengimport ayam hidup, babi dan hasil ayam, itik dan babi dari negara yang dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah penting untuk mencegah kemasukan jangkitan selsema burung kedalam negara.
Bagi penternak ayam dan mereka yang terbabit dengan pengendalian ayam, itik dan burung lain.
10. Elakkan sebarang hubungan dengan burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
11. Jangan membawa masuk / mengimport haiwan yang tidak pasti tahap kesihatan kedalam kawanan yang dibela.
12. Kawal pergerakan manusia kedalam kawasan ternakan.
13. Sediakan dan guna tempat pencuci tangan dengan bahan basmi kuman. Sediakan aturan yang perlu diikuti pekerja ladang.
14. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung / babi.
15. Lapurkan dengan segera sebarang penyakit berjangkit dikalangan pekerja di ladang ternakan ayam / itik / burung / babi.
16. Elakkan sebarang hubungan dengan ternakan babi disebabkan virus selsema burung mampu merebak kepada babi.

Bagi orang awam dan pengguna.
17. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas mengendalikan daging ayam dengan teliti
18. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum dan selepas memasak.
19. Masak daging ayam / itik / burung / babi dengan sempurna luar dan dalam.
20. Elakkan tempat yang mempunyai burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
21. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung.
22. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan dikalangan mereka yang pernah terdedah kepada ayam / itik / burung / babi yang sakit.

Keselamatan apabila melancung ke kawasan yang dijangkiti selsema burung.
Selsema burung tidak menjangkiti antara manusia. Mereka yang melancung atau melawat ke kawasan yang dijangkiti selsema burung dinasihatkan agar tidak melawat kawasan yang mempunyai burung seperti taman burung, ladang ternakan ayam / itik / burung, zoo, dan pasar basah. Elakkan juga kawasan ternakan babi.


Sumber dari Forum PPKP
Read more...
ONE N ONLY ME..LIZZIE