SLE, systematic lupus erythematosus...contoh penyakit autoimun


Derita pesakit SLE

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar MOHD. NOOR AMIN

Gambar fail ...Keadaan kulit Nuraini Abu Bakar ketika mula dikesan menghidap SLE pada 2005.

SYSTEMIC Lupus Erythematosus (SLE) atau lupus masih asing di kalangan penduduk di negara ini sehinggalah kisah penyakit ini mula mendapat perhatian sekitar Mei 2005.

Ketika itu seluruh negara menjadi gempar dengan kisah seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cahaya Gemilang, Cherating, Pahang, iaitu Nuraini Abu Bakar yang telah diserang penyakit kulit yang teruk dan agak ganjil.

Akhirnya persoalan terjawab apabila Nuraini telah disahkan menghidap SLE atau lupus.

SLE adalah sejenis penyakit kronik auto imun di mana antibodi dalam tubuh pesakit sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tetapi tiba-tiba ‘berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia.

Secara jelasnya, penyakit ini menganggu sistem imun badan (daya tahan badan) di mana sistem imun itu sendiri yang akan bertindak untuk melawan pada bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

Bagi Chee Siew Lian, 54, Lucy Goh, 50 dan Shariffah Mohd. Shah, 48, antara 10,000 pesakit SLE atau lupus yang dikenal pasti di negara ini terpaksa melalui pengalaman perit sebagai penghidap penyakit ini ketika masyarakat masih lagi kabur tentang SLE.

Lucy yang ditemui di Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) yang terletak di Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di No. 16, Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini memberitahu, dia mula diserang penyakit itu ketika berusia 19 tahun.

‘‘Peringkat awal muka saya dipenuhi dengan ruam merah pada bahagian pipi dan hidung seolah-olah menyerupai bentuk sayap rama-rama,’’ katanya yang sudah menghidap SLE sejak 30 tahun lalu.

Lucy kemudiannya bertemu dengan pakar kecantikan kerana menyangka ia berkaitan dengan masalah kulit muka.

Dia kemudiannya disyorkan bertemu dengan doktor di hospital dan hasil ujian darah mengesahkan Lucy menghidap SLE atau Lupus.

Beritahu Lucy, pengalaman diserang SLE paling teruk adalah pada tahun 2001 di mana sebelum itu dia dimasukkan ke hospital kerana demam.

Nasibnya kurang baik apabila pada hari keenam, Lucy terjatuh di tandas sehingga mengakibatkan dia koma.

SLE telah menyerang otak Lucy di mana selepas keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU), dia bukan sahaja tidak ingat nama sendiri malah tidak mengenali sesiapa pun kecuali anak sulungnya.

Nasibnya lebih malang apabila majikannya bukan sahaja menghantar cek gaji terakhir malah menamatkan perkhidmatannya.

Selepas tiga bulan berada di hospital, Lucy yang pulang ke rumah dalam keadaan berkerusi roda terpaksa mempelajari semula untuk membaca, menulis dan menggunakan semula anggotanya.

Dalam pada itu pengalaman Siew Lian yang kini berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif PSLEM, diserang SLE memang tidak kurang ngerinya.

‘‘Selepas bangun tidur saya terus menuju ke pintu bilik tetapi tiba-tiba gagal membukanya sebab kesemua jari saya tidak boleh mencengkam tombol,’’ katanya yang pada ketika itu berumur 29 tahun.

Selepas mengurut jarinya, Siew Lian berjaya membuka pintu bilik dan terus ke bilik air.

Ketika di dalam bilik air, dia pelik kerana ketika itu tangannya juga gagal untuk menggenggam berus gigi.

Sakit sendi yang diikuti demam berpanjangan masih tidak baik sehingga menyebabkan dia ke hospital untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan penyakit yang dihadapi.

‘‘Tiga bulan selepas itu saya disahkan menghidap SLE,’’ katanya.

Apabila diberitahu nama penyakit tersebut, Siew Lian, mengakui pengetahuan mengenai SLE memang tidak ada langsung.

Dia kemudiannya menelefon bapanya yang kemudian merujuk nama penyakit itu di dalam ensiklopedia.

‘‘Saya rasakan dunia ini gelap secara tiba-tiba apabila ayah memberitahu pengidap SLE hanya mampu hidup selama lima tahun sahaja,’’ katanya.

Bagaimanapun doktor yang merawat berjaya menenangkannya kerana ia maklumat lama sebelum ditemui penawar melawan penyakit itu.

Sepanjang menjadi pesakit SLE kata Siew Lian, dia pernah diserang skizofrenia dan penyakit buah pinggang.

Shariffah pula memberitahu dia sudah menjadi pesakit SLE sejak 19 tahun yang lalu bermula dengan bahagian sendi yang membengkak.

‘‘Kadang-kadang orang yang tidak tahu akan menganggap kita mengada-ngada maklumlah badan bukan sahaja mudah letih malah kalau keluar rumah sebelah siang pula kena berpayung,’’ katanya.

Bagaimanapun dia bernasib baik kerana ahli keluarganya banyak membantu dan memberi semangat untuknya bersabar menghadapi penyakit tersebut.
Read more...

Bahaya penyakit leptospirosis (kencing tikus


)

Berita Harian

Khamis, 23/06/2011

Bahaya penyakit leptospirosis (kencing tikus)

Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Meliodosis. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.

Apakah itu Leptospirosis?

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Leptospirosis di Malaysia?

Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama kalinya pada tahun 1925 oleh seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para saintis telah membuat kajian yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis di Malaysia. Sebagai rumusan, para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis merupakan endemik di negara kita pada waktu tersebut.

Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang membawa maut (fatal case) yang disebabkan oleh bakteria Leptospirosis icterohemorrhagiae Flecher W. juga telah mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus Leptospira di dalam sampel-sampel biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 pula empat kes telah dikesan di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia) oleh saintis Galloway.

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, kebanyakan pesakit menunjukkan simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam kalangan askar pula, simptom yang ditunjukkan adalah demam panas.

Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh Leptospirosis pada waktu itu sangat membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes Leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Malioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan.

Apakah penyebab Leptospirosis?

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Leptospira pertama kali dekenal pasti sebagai penyebab Penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas pelombong arang batu. Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubung kait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit Weil pula adlah sejenis Leptospirosis tahap serius.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini?

Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan. Terdapat ada juga kes yang dilaporkan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembes bakteria tersebut. Malahan, haiwan yang telah mendapat vaksinasi juga boleh merembeskan bakteria ini melalui air kencingnya.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

Leptosporosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.

Leptosporosis tutur disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mingkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit.

Leptosporosis yang sering menerima jolokan demam ‘swamp’ atau lumpur, ini mula ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan dalam kalangan tukang paip dan pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas tidak hairanlah apabila kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes Leptosporosis yang melibatkan manusia berlaku di tempat kerja.

Walaupun Leptosporosis dilabelkan sebagai penyakit pekerjaan (occupational disease) tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi dan pengembaraan boleh menjadi faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria genus Leptospira ini. Selain itu, orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini melalui permukaan air bertakung, terutamanya selepa hujan dan banjir. Kawasan yang kotor dan tidak terjamin tahap kebersihannya, adalah lebih berisiko tinggi untuk menjadi kawasan Leptospira.

Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain bagi penyakit ini jarang berlaku. Tetapi Leptosporosis ini masih boleh menular melalui hubungan seksual dan melalui penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih boleh menjangkiti manusia lain melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan selepas jangkitan.

Oleh sebab terdapat pelbagai jenis serotip bakteria Leptospira, maka seseorang pesakit yang telah sembuh daripada penyakit Leptosporosis boleh dijangkiti dengan strain lain dan boleh terus menyebarkan penyakit itu lagi.

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?

Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit mula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selsema atau petanda biasa yang lain.

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan pendarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.

Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?

Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlanjutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospirosis ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.

Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?

Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang bekerja sebagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanag yang telah dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti.

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa tikus, anjing atau khinzir.

Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita.

Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?

Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira.

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing.

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?

Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.

* Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpontensi untuk pendedahan kepada bakteria ini.

* Pakai pakaian pelindungan seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

* Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun.

* Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

* Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan.

* Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus.

* Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.

* Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicilin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

- Sumber: www.konsumerkini.net.my
Read more...

Selsema Burung


Selsema burung
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong
Apa itu Selsema Burung
Selsema burung atau ''influenza avian'' merupakan penyakit burung berjangkit yang mengakibatkan penyakit yang serdahana atau teruk. Semua burung dijangkakan boleh dijangkiti oleh penyakit selsema burung, walaupun sesetengah spesies lebih tahan daripada yang lain. Sesetengah bentuk selsema burung boleh menjangkiti manusia.
Sebab selsema burung
Selsema burung disebabkan oleh 15 sub-jenis virus selsema "influenza" A, sub-jenis selsema burung "avian influenza". Virus yang rendah kemudaratannya mampu, selepas pendam dalam populasi burung atau ayam untuk jangka masa tempoh yang pendek, mampu berubah menjadi virus yang memudaratkan "highly pathogenic". Sehingga kini, semua wabak yang dalam bentuk memudaratkan disebabkan oleh virus selsema A atau H5N1 dari keluarga Orthomyxoviridae, sub-jenis tunggal yang menyebabkan wabak teruk dikalangan manusia.
Cara selsema burung tersebar antara ayam atau burung.
Sentuhan secara langsung dengan burung atau ayam yangdijangkiti, terutamanya najis dan cecair badan, makanan tercemar, air, peralatan sangkar, kenderaan pengangkut, telur pecah yang tercemar, dan pakaian. Burung liar atau burung laut yang tidak menunjukkan sebarang tanda juga boleh menjadi pembawa virus ke pada haiwan ternakan.
Burung yang sembuh dari jangkitan masih mempunyai virus di dalam badan selama 10 hari yang tersebar melalui najis dan cecair badan. Virus yang memudaratkan ini mampu tahan untuk tempoh masa yang lama di dalam tisu badan (daging), air, dan persekitaran, lebih-lebih lagi sekiranya cuaca sejuk.
Jangkitan selsema burung kepada manusia
Selsema burung boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan secara langsung dengan burung liar atau diternak melalui cecair pernafasan, bahan kumuhan, dan permukaan yang tercemar. Terdapat juga kes yang mana virus selsema burung turut dikesan di dalam ternakan babi di Lembah Gelders, Belanda.
Berasaskan pengetahuan semasa, tidak terdapat kes jangkitan virus H5N1 kepada manusia melalui ayam mentah, dibekukan, atau makanan beku berasaskan ayam. Oleh kerana virus H5N1 mudah musnah apabila dipanaskan, jangkitan selsema burung tidak merebak melalui daging ayam yang dimasak dengan sempurna.
Kerisauan terhadap jangkitan selsema burung
Terdapat beberapa sebab kekhuwatiran terhadap jangkitan selsema burung

1. Jangkitan selsema burung mengakibatkan banyak kes kematian.
2. Influenza A yang menyebabkan selsema burung mempunyai keupayaan dan kecenderungan untuk berubah dan bergabung dengan virus sub-jenis influenza dalam manusia, menghasilkan sub-jenis Influenza A yang baru. Sub-jenis baru ini mampu mempunyai ciri-ciri virus selsema manusia yang mudah menjangkiti sesama manusia. Ketiadaan daya ketahanan kepada virus jenis baru ini disebabkan tiadanya jangkitan lepas dan ketiadaan vaksin kepada virus ini untuk mengawal wabak selsema burung, mampu menyebabkan kes jangkitan dan kematian yang tinggi di kalangan penduduk dunia.

Disebabkan keupayaannya untuk menyebabkan penyakit teruk (kemudaratan tinggi) dan berubah menjadi wabak, selsema burung telah menyebabkan wabak dan kematian ayam yang tinggi. Industri penternakan ayam dan industri makanan dibimbangi menghadapi tekanan yang tinggi yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi dan kesan sosial oleh mereka yang kehilangan pekerjaan dari penternak, pengedar, pengangkutan, pekedai, penjaja makanan, dan semua yang terbabit dalam industri makanan.
Tanda jangkitan selsema burung dikalangan ayam
Jangkitan selsema burung menyebabkan tanda yang berbeza pada ayam / burung, dari sakit serdahana sehingga kematian mengejut yang mudah berjangkit mengakibatkan wabak yang teruk.
Penurunan pengeluaran.
3. Pengurangan mengejut dalam penghasilan telur
4. Kepala bengkak dengan lebam dan balung bewarna biru hingga biru gelap dan bintit bisul
5. Pendarahan pada selaput dalaman
6. Kematian mengejut di kalangan ternakan ayam yang boleh mencecah 100%
7. Kesukaran bernafas
8. Lembik atau lumpuh
9. Ayam yang cirit birit secara meluas

Pengasingan virus perlu untuk pengesahan yang tepat.
Tanda jangkitan selsema burung dikalangan manusia
Virus A H5N1 serupa dengan virus selsema lain dan kebanyakannya terhad "self-limiting".
Tanda awal adalah demam dengan suhu melebihi 38 darjah Selsius) , lemah "malaise", "myalgia", perit kerongkong, dan batuk. Mata dan hidung berair dan keradangan "conjunctivitis" dapat dilihat pada sesetengah pesakit. Demam yang berlarutan adalah tanda yang jelas. X-ray dada berguna untuk mengesan jangkitan virus pneumonia awal.
Sebab kematian dan komplikasi adalah paru-paru berair "pneumonia" disebabkan virus, sindrom kesukaran bernafas, dan kegagalan pelbagai fungsi organ.
Cara membezakan jangkitan selsema burung dengan jangkitan selsema biasa, paru-paru berair "pneumonia" atau masalah pernafasan biasa.
Seseorang pesakit disyaki dijangkiti oleh selsema burung sekiranya pesakit mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan kerja pengendalian ayam atau burung. Ini termasuk penternak, penyembelih, pengangkutan (pemandu lori ayam) dan lain-lain.
Rawatan selsema burung.
Rawatan boleh dimulakan tanpa menunggu pengesahan makmal bagi jangkitan H5N1. Rawatan bagi jangkitan H5N1 pada asasnya serupa dengan virus selsema lain. Ubat-ubatan anti virus, sesetengahnya boleh digunakan untuk rawatan dan pencegahan secara perubatan berkesan bagi melawan virus jenis influenza A dalam orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat, dengan sedikit kelemahan. Sesetengah ubat-ubatan ini juga terhad dan harganya mahal.
Bagaimana mencegah jangkitan selsema burung
Larangan mengimport ayam hidup, babi dan hasil ayam, itik dan babi dari negara yang dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah penting untuk mencegah kemasukan jangkitan selsema burung kedalam negara.
Bagi penternak ayam dan mereka yang terbabit dengan pengendalian ayam, itik dan burung lain.
10. Elakkan sebarang hubungan dengan burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
11. Jangan membawa masuk / mengimport haiwan yang tidak pasti tahap kesihatan kedalam kawanan yang dibela.
12. Kawal pergerakan manusia kedalam kawasan ternakan.
13. Sediakan dan guna tempat pencuci tangan dengan bahan basmi kuman. Sediakan aturan yang perlu diikuti pekerja ladang.
14. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung / babi.
15. Lapurkan dengan segera sebarang penyakit berjangkit dikalangan pekerja di ladang ternakan ayam / itik / burung / babi.
16. Elakkan sebarang hubungan dengan ternakan babi disebabkan virus selsema burung mampu merebak kepada babi.

Bagi orang awam dan pengguna.
17. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas mengendalikan daging ayam dengan teliti
18. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum dan selepas memasak.
19. Masak daging ayam / itik / burung / babi dengan sempurna luar dan dalam.
20. Elakkan tempat yang mempunyai burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
21. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung.
22. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan dikalangan mereka yang pernah terdedah kepada ayam / itik / burung / babi yang sakit.

Keselamatan apabila melancung ke kawasan yang dijangkiti selsema burung.
Selsema burung tidak menjangkiti antara manusia. Mereka yang melancung atau melawat ke kawasan yang dijangkiti selsema burung dinasihatkan agar tidak melawat kawasan yang mempunyai burung seperti taman burung, ladang ternakan ayam / itik / burung, zoo, dan pasar basah. Elakkan juga kawasan ternakan babi.


Sumber dari Forum PPKP
Read more...

Pencemaran Bahan Kimia DEHP Di Dalam Produk Lennox Firm Up Collagen Drink
Disiarkan pada 24-06-2011
Kategori DEHP
Penerangan DEHP

PENCEMARAN BAHAN KIMIA DEHP DI DALAM PRODUK LENNOX FIRM UP COLLAGEN DRINK



Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli dan memakan Lennox Firm Up Collagen Drink dari nombor batch F1104001 kerana telah dicemari oleh bahan kimia DEHP. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://fsq.moh.gov.my



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

22 JUN 2011
Read more...

Tajuk Question & Answer (Q & A) : Pencemaran DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP) Di Dalam Makanan
Disiarkan pada 09-06-2011
Kategori DEHP
Penerangan DEHP

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



QUESTION & ANSWER (Q & A)

PENCEMARAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) DI DALAM MAKANAN

___________________________________________________________________



1. Apakah itu DEHP ?

DEHP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut (flexible).



2. Bagaimanakah makanan boleh tercemar dengan DEHP ?

DEHP daripada pembungkus makanan plastik boleh berpindah (migrate) ke dalam makanan.



DEHP juga boleh hadir dalam persekitaran disebabkan oleh pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan plastik dan secara tidak langsung ia boleh mencemari rantaian makanan manusia.



Selain itu, makanan dicemari dengan DEHP kerana ia ditambah ke dalam clouding agent (sejenis aditif makanan) oleh syarikat pengeluar di Taiwan.



3. Apakah kesan pencemaran DEHP dalam makanan pada kesihatan manusia ?

DEHP berkemungkinan boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.



4. Apakah produk makanan yang terlibat dengan pencemaran DEHP?

Produk yang terlibat adalah beberapa produk keluaran syarikat di Taiwan seperti sports drinks, jus buah-buahan, produk jeli, jem, yogurt dan clouding agent.


5. Apakah tindakan KKM bagi memastikan makanan yang diimport adalah selamat dari pencemaran DEHP?

KKM telah mengenakan larangan pengimportan produk makanan keluaran Taiwan yang disahkan tercemar dengan DEHP ke negara ini. Bagi produk makanan keluaran Taiwan seperti sports drinks, jus buah-buahan, produk jeli, jem, yogurt dan clouding agent yang belum disahkan tercemar dengan DEHP, tindakan pemantauan dijalankan di pasaran tempatan dan pintu masuk.



6. Apakah nasihat kepada pengguna

Orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut. Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan keluaran Taiwan dinasihati tidak memakan produk tersebut.



7. Di manakah saya boleh mendapat maklumat berkaitan pencemaran DEHP di dalam makanan ?

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan pencemaran DEHP di dalam makanan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653 atau melayari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM iaitu http://fsq.moh.gov.my atau http://www.moh.gov.my.
Read more...

PPKP


30 tan serbuk teh dilupus

Post by <> on Fri 13 Apr 2007, 8:46 am
+
----
-
Oleh MOHD RIZALMAN NOR

KOTA BHARU 12 April – Sebanyak 30 tan serbuk teh hasil rampasan bernilai hampir RM63,000 dilupuskan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Bharu di Tapak Pelupusan Sampah Teluk Kitang, Pantai Sabak, dekat sini, hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Hamzah Awang Hamat berkata, serbuk teh itu dirampas dari sebuah gudang di Jalan Long Yunos, 28 Mac lalu di bawah Peraturan Makanan 1985 kerana mencampurkan bahan pewarna ke dalam serbuk teh.

‘‘Pemilik gudang yang berusia 56 tahun didapati bersalah kerana memiliki bahan tanpa label serta melanggar Peraturan Makanan 1985 di bawah Seksyen 260 (3) dengan mencampurkan bahan pewarna ke dalam serbuk teh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melupuskan serbuk teh berkenaan di tapak pelupusan itu hari ini.

Hamzah memberitahu, pihaknya telah merampas serbuk teh itu dan hasil kajian mendapati, ia mengandungi tiga jenis campuran pewarna iaitu Sunset Yellow FCF, Tatrazine dan Carmoisine.

“Pewarna ini dibenarkan tetapi tidak boleh dicampur dengan serbuk teh kerana ia dipercayai untuk mengelirukan penggemar teh kerana warnanya yang menarik,” jelasnya.

Katanya, serbuk itu dilupuskan setelah pihaknya mendapat kelulusan Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat persetujuan daripada pemiliknya mengikut Seksyen 4 (Cool Akta Makanan 1983.

Beliau berkata, kilang memproses bahan itu dipercayai beroperasi di Pulau Pinang dan gudang tersebut menjadi tempat simpanan sebelum diedarkan kepada pengguna di Pantai Timur.

“Saya meminta orang ramai agar melaporkan kepada kami sekiranya mempunyai maklumat mengenai kedai yang menjual serbuk teh yang mengandungi campuran pewarna ini,”

ehsan : Utusan Malaysia

----Forum Paramedik Malaysia-----
Read more...

Apa itu keracunan makanan


Reply with quote
Report post to moderator or admin
Lock post for new reports

Food Poisoning / Keracunan Makanan - Unit Keselamatan & Kualiti Makanan

Post by Lord Vlad on Mon 09 Oct 2006, 1:47 pm
+
----
-
Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan merupakan satu istilah yang digunakan bagi merujuk kepada intoksikasi dan jangkitan bawaan makanan dan air.
``Untuk mendapat keracunan makanan, kehadiran atau pencemaran makanan atau air oleh agen penyebab mestilah dalam jumlah yang besar.
``Ciri-ciri klinikal keracunan makanan adalah berbeza dan bergantung kepada jenis agen penyebabnya,'' ujar beliau.
gejala-gejala
* Sakit di bahagian abdomen
* Muntah
* Cirit-birit
* Loya
* Pening
* Demam.
Kecenderungan mendapat keracunan makanan bergantung kepada umur dan daya tahan seseorang itu serta banyaknya bilangan bakteria yang terdapat pada makanan tercemar.
``Kanak-kanak, warga tua dan sesiapa yang mempunyai daya tahan rendah lebih mudah mendapat keracunan makanan.
``Keseriusan dan cepat atau lambat seseorang mengalami gejala keracunan makanan pula bergantung kepada jumlah pencemaran makanan atau air,''
Secara amnya, kata Dr. Mohamed Paid, seseorang yang menghidap penyakit keracunan makanan akan mula sakit selepas dua hingga 72 jam memakan makanan atau meminum air yang tercemar.
Tempoh masa sakit pula boleh hilang dalam masa beberapa jam atau berpanjangan sehingga tujuh hari lamanya.
Sementara itu, memetik kenyataan Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia, kesan bahaya keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan.
``Sekiranya kehilangan air dalam badan terlalu serius ia boleh membawa maut. Selain daripada itu, keracunan saraf yang berpunca daripada keracunan makanan juga boleh mengancam nyawa.
``Memandangkan kandungan air di dalam tubuh manusia berpuasa adalah kurang daripada biasa, sekiranya berlaku keracunan makanan maka ia akan menjadi lebih serius.''
Penyebab keracunan makanan
``Keracunan makanan berlaku akibat memakan makanan atau meminum air yang dicemari oleh kuman seperti bakteria, virus, organisma-organisma lain, bahan kimia, tumbuhan atau ikan yang beracun.
``Bakteria boleh menyebabkan keracunan makanan melalui infeksi (penambahbiakan bakteria yang banyak) atau intoksikasi (racun yang dihasilkan oleh bakteria) di dalam makanan atau minuman,'' kata Dr. Mohamed Paid.
Secara umumnya, keracunan makanan boleh disebabkan oleh:
* Pencemaran makanan oleh bakteria (Escherrichia coli), virus (Norovirus) dan parasit (toxoplasmosis)
* Toksin yang dihasilkan oleh pembiakan bakteria dalam makanan seperti bakteria Clostridium perfringes, Clostridium botulinum, Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus.
* Toksin yang dihasilkan oleh tumbuhan atau haiwan seperti alga dan ikan
* Bahan-bahan kimia seperti asid borik, racun serangga dan logam berat.
kebanyakan keracunan makanan adalah disebabkan oleh pencemaran makanan atau air oleh bakteria atau toksin yang dihasilkan oleh bakteria berkenaan.
Faktor penyumbang keracunan makanan
Faktor-faktor yang boleh dikaitkan atau menyumbang kepada kejadian keracunan makanan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
* Pengendali makanan atau peniaga yang tidak mengambil berat tentang kebersihan
* Mereka menjalankan kerja-kerja pengendalian makanan dengan tangan yang kotor, kuku yang kotor dan panjang, rambut tidak terurus serta tidak memakai pakaian yang sesuai
* Mereka membiarkan premis makanan atau tempat menjual makanan mereka kotor
* Tidak menutup makanan yang dijual
* Memegang/menyentuh makanan semasa mengendali atau menjual
* Menghisap rokok dan meludah semasa menyedia atau mengendalikan makanan.
Makanan tidak dimasak dengan sempurna
Terdapat banyak mikro-organisma berbahaya di dalam makanan yang berprotein tinggi seperti daging, ayam, makanan laut, telur dan hasil tenusu terutama semasa dalam keadaan mentah.
Daging dan ayam beku daripada peti sejuk mestilah dinyahbekukan dengan sempurna dan dimasak secukupnya untuk memastikan bakteria yang berbahaya itu terhapus.
* Penyimpanan makanan yang sudah dimasak
Makanan yang disediakan awal perlu disimpan dengan baik untuk mengelakkan penambahbiakan bakteria. Bakteria boleh menambahbiak dengan cepat pada suhu bilik.
Makanan yang dimakan panas mesti disimpan pada suhu tetap tidak kurang daripada 600O Celsius manakala makanan yang dimakan sejuk pula mesti disimpan di peti sejuk pada suhu di bawah 40O Celsius.
Keadaan-keadaan penambahbiakan bakteria
* Masa; dalam keadaan yang baik, satu bakteria boleh menambahbiak kepada 2,097,152 dalam masa tujuh jam.
* Suhu; keracunan makanan disebabkan oleh bakteria membiak dengan baik dalam suhu antara 50O hingga 600 O Celsius yang juga dipanggil zon bahaya.
* Makanan; bakteria memerlukan sumber makanan untuk bercambah dan membiak. Jenis makanan yang mana bakteria mudah membiak ialah hasilan tenusu, hasilan telur, daging dan hasil ternakan, hasilan daging dan ayam diproses, hasilan laut dan ikan. Makanan ini dipanggil makanan berisiko.
* Air; bakteria untuk membiak dan berkembang memerlukan keadaan yang lembap. Keadaan yang kering adalah contoh baik yang berkesan untuk pengawetan makanan.
Jenis-jenis makanan berisiko tinggi
Makanan berisiko tinggi adalah jenis-jenis makanan yang tidak tahan lama/cepat rosak atau buruk di mana ia menggalakkan penambahbiakan bakteria yang berbahaya, apabila seseorang memakannya boleh menyebabkan terjadi keracunan makanan. Ini termasuklah:
* Semua masakan daging dan ayam
* Masakan hasilan daging termasuk gulai/kuah
* Susu, pati susu (krim), hasilan tenusu dan kastard (makanan campuran susu, tepung, telur dan gula)
* Masakan telur dan hasilan makanan dibuat dengan telur seperti mayones
* Makanan laut
* Masakan nasi
* Sediaan salad, makanan sayuran mentah cincang berkuah likat (coleslaw), pasta salad
* Sediaan salad buah-buahan.
Sekiranya makanan berisiko tinggi ini dicemari oleh bakteria dan disimpan dalam dalam jangka yang lama melebihi enam jam dan dalam keadaan suhu zon berbahaya iaitu antara 50O ke 600O Celsius, maka keracunan makanan boleh berlaku.
Pencegahan keracunan makanan
Dalam mengawal atau mencegah keracunan makanan daripada berlaku, rantaian kejadian keracunan makanan perlu diputuskan. Rantaian itu ialah:
* Kehadiran bakteria atau penyebab keracunan makanan dalam makanan iaitu makanan telah dicemari.
* Bakteria mendapat keadaan yang sesuai untuk penambahbiakan iaitu suhu (50O ke 600O Celsius), lembapan dan makanan berisiko.
* Musnahkan semua bakteria yang terdapat dalam makanan.
Tiga rantaian kejadian keracunan makanan ini perlu diputuskan dalam usaha untuk mencegah seseorang mendapat keracunan makanan.
Oleh itu semua pihak iaitu pengguna, peniaga dan pengendali makanan perlu memahami rantaian ini sekali gus dapat menghindari keracunan makanan.
Read more...

Produk makanan Taiwan dipantau


Post by Palladium on Sat 11 Jun 2011, 7:24 pm
+
----
-
11/06/2011 5:55pm

KUALA LUMPUR 11 Jun — Malaysia meningkatkan paras berjaga-jaga bagi
produk makanan yang diimport dari Taiwan ke Tahap 4 Sistem Maklumat
Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) selepas beberapa bahan makanan
dikesan mengandungi karsinogen.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian
itu, melalui Jabatan Keselamatan Makanan, juga memperhebatkan
pemeriksaan bahan makanan yang diimport dari Taiwan di semua pelabuhan.
FoSIM mempunyai empat tahap. Tahap 4 memerlukan setiap konsainan dari
negara sumber diambil sampelnya. Tahap 5 memerlukan konsainan berkenaan
diambil sampelnya dan ditahan di pelabuhan, manakala Tahap 6 memerlukan
konsainan itu ditolak.
Tiong Lai berkata, kementerian itu juga meningkatkan perkongsian
maklumat dengan pihak berkuasa Taiwan dan Hong Kong untuk mengesan ke
negara mana bis(2-ethylhexyl) phthalae (DEHP) dan di-Isononyl
(DINP)telah dijual.
"Sistem pengesanan ini sungguh berkesan. Kami ada senarainya, kami
tahu pihak di Taiwan menjual kepada negara mana dan kami pantau produk
berkenaan untuk mengetahui sama ada makanan itu memasuki negara kita,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan
ke-29 Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi), di sini hari ini. -
Bernama

----Forum Paramedik Malaysia-----
Read more...

Dalam biskut ada melamin...isu 2008 di Pulau Pinang


Biskut banyak melamin dilupus



Pegawai Jabatan Kesihatan
Daerah SPU menyaksikan kerja-kerja pelupusan biskut dan serbuk amonia
bikarbonat yang disahkan mengandungi kandungan melamin melebihi had
yang dibenarkan di tapak pelupusan sampah Ampang Jajar, Butterworth,
Pulau Pinang semalam.



BUTTERWORTH 17 Nov. - Jabatan Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara
(SPU) hari ini melupuskan 12,000 kilogram biskut bernilai lebih
RM83,400 kerana didapati mengandungi bahan melamin melebihi piawaian
yang dibenarkan.
Proses tersebut turut membabitkan pelupusan 8,400 kilogram bahan
penaik amonia bikarbonat dari China yang digunakan oleh dua buah kilang
biskut di negeri bagi menghasilkan produk itu.
Pelupusan bahan berkenaan dibuat susulan pemantauan dan analisis
makmal yang dilakukan jabatan itu sejak September lalu terhadap empat
jenis biskut keluaran dua kilang terbabit.
Pegawai Jabatan Kesihatan SPU, Dr. Shaari Saad berkata, pihaknya
juga sudah mengarahkan dua kilang berkenaan menarik balik biskut-biskut
keluaran mereka dari pasaran untuk dilupuskan dalam masa terdekat.
''Kita sudah minta mereka (pengilang) supaya tidak memasarkan produk
yang dicemari bahan itu (melamin) dan biskut yang sudah dipasarkan pula
ditarik balik untuk dilupuskan.
''Setakat ini, dua kilang terbabit memberi kerjasama yang amat baik
dan akan melupuskan sendiri biskut berkenaan dengan pemantauan Jabatan
Kesihatan," katanya ketika ditemui di tapak pelupusan sampah Ampang
Jajar di sini hari ini.
Kementerian Kesihatan baru-baru ini, melarang serta-merta
pengimportan bahan penaik amonia bikarbonat dari China berikutan bahan
itu didapati mempunyai tahap melamin melebihi piawaian yang dibenarkan.
Serentak itu, kementerian juga mengarahkan supaya 20 jenis biskut
yang dikenal pasti mengandungi bahan melamin ditarik balik dari pasaran.
Dr. Shaari berkata, pelupusan biskut dan bahan penaik tersebut dilakukan mengikut Akta Makanan 1983 pindaan 2001.
Menurut beliau, pihaknya sudah menjalankan pemantauan terhadap semua
jenis biskut di pasaran dan sehingga kini masih membuat pemeriksaan
rutin termasuk di kedai runcit dan pusat-pusat beli-belah.
Ditanya mengenai tindakan yang akan dikenakan ke atas pengilang
terbabit, Dr. Shaari berkata, kedua-dua pengilang berkenaan sudah
memberi kerjasama dengan baik untuk menarik balik produk mereka dari
pasaran sebelum melupuskannya.
''Mereka (pengilang) sebenarnya tidak mengetahui biskut yang mereka
hasilkan mengandungi melamin yang tinggi ekoran penggunaan amonia
bikarbonat berkenaan," jelasnya.

----Forum Paramedik Malaysia-----
Read more...

hari yang amat mengantukk...


salam tengahari..
wow aku asik sakit je lately ntah nape...penat sgt la ni..
hubby ri ni for first day amik exam..xtahu die mcmana..ok ke x..hope everything fine..semalam masuk lagi kemasukan baru ke kist..JUN 2011..hmmstudent aku xrmai pon..tp mgkin akan btambah ramai..insya'allah..i know KP mmg best..hihi..pas ni sume bz keje masing..kol 230 ade mesyuarat ngan pengurusan..bosan gile kot..ngantukk..omg..kelas untuk jun 2011..start mggu depan..mggu ni boost utk exam paper APRIL 2011.

apepon byk kena cover but still aku lembab...baero out la katekan..omg..work,,work..work...jum kite sambung kije k..
Read more...
ONE N ONLY ME..LIZZIE