Tajuk Question & Answer (Q & A) : Pencemaran DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP) Di Dalam Makanan
Disiarkan pada 09-06-2011
Kategori DEHP
Penerangan DEHP

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



QUESTION & ANSWER (Q & A)

PENCEMARAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) DI DALAM MAKANAN

___________________________________________________________________



1. Apakah itu DEHP ?

DEHP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut (flexible).



2. Bagaimanakah makanan boleh tercemar dengan DEHP ?

DEHP daripada pembungkus makanan plastik boleh berpindah (migrate) ke dalam makanan.



DEHP juga boleh hadir dalam persekitaran disebabkan oleh pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan plastik dan secara tidak langsung ia boleh mencemari rantaian makanan manusia.



Selain itu, makanan dicemari dengan DEHP kerana ia ditambah ke dalam clouding agent (sejenis aditif makanan) oleh syarikat pengeluar di Taiwan.



3. Apakah kesan pencemaran DEHP dalam makanan pada kesihatan manusia ?

DEHP berkemungkinan boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.



4. Apakah produk makanan yang terlibat dengan pencemaran DEHP?

Produk yang terlibat adalah beberapa produk keluaran syarikat di Taiwan seperti sports drinks, jus buah-buahan, produk jeli, jem, yogurt dan clouding agent.


5. Apakah tindakan KKM bagi memastikan makanan yang diimport adalah selamat dari pencemaran DEHP?

KKM telah mengenakan larangan pengimportan produk makanan keluaran Taiwan yang disahkan tercemar dengan DEHP ke negara ini. Bagi produk makanan keluaran Taiwan seperti sports drinks, jus buah-buahan, produk jeli, jem, yogurt dan clouding agent yang belum disahkan tercemar dengan DEHP, tindakan pemantauan dijalankan di pasaran tempatan dan pintu masuk.



6. Apakah nasihat kepada pengguna

Orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut. Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan keluaran Taiwan dinasihati tidak memakan produk tersebut.



7. Di manakah saya boleh mendapat maklumat berkaitan pencemaran DEHP di dalam makanan ?

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan pencemaran DEHP di dalam makanan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653 atau melayari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM iaitu http://fsq.moh.gov.my atau http://www.moh.gov.my.

No comments:

Post a Comment

ONE N ONLY ME..LIZZIE