Apa itu keracunan makanan


Reply with quote
Report post to moderator or admin
Lock post for new reports

Food Poisoning / Keracunan Makanan - Unit Keselamatan & Kualiti Makanan

Post by Lord Vlad on Mon 09 Oct 2006, 1:47 pm
+
----
-
Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan merupakan satu istilah yang digunakan bagi merujuk kepada intoksikasi dan jangkitan bawaan makanan dan air.
``Untuk mendapat keracunan makanan, kehadiran atau pencemaran makanan atau air oleh agen penyebab mestilah dalam jumlah yang besar.
``Ciri-ciri klinikal keracunan makanan adalah berbeza dan bergantung kepada jenis agen penyebabnya,'' ujar beliau.
gejala-gejala
* Sakit di bahagian abdomen
* Muntah
* Cirit-birit
* Loya
* Pening
* Demam.
Kecenderungan mendapat keracunan makanan bergantung kepada umur dan daya tahan seseorang itu serta banyaknya bilangan bakteria yang terdapat pada makanan tercemar.
``Kanak-kanak, warga tua dan sesiapa yang mempunyai daya tahan rendah lebih mudah mendapat keracunan makanan.
``Keseriusan dan cepat atau lambat seseorang mengalami gejala keracunan makanan pula bergantung kepada jumlah pencemaran makanan atau air,''
Secara amnya, kata Dr. Mohamed Paid, seseorang yang menghidap penyakit keracunan makanan akan mula sakit selepas dua hingga 72 jam memakan makanan atau meminum air yang tercemar.
Tempoh masa sakit pula boleh hilang dalam masa beberapa jam atau berpanjangan sehingga tujuh hari lamanya.
Sementara itu, memetik kenyataan Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia, kesan bahaya keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan.
``Sekiranya kehilangan air dalam badan terlalu serius ia boleh membawa maut. Selain daripada itu, keracunan saraf yang berpunca daripada keracunan makanan juga boleh mengancam nyawa.
``Memandangkan kandungan air di dalam tubuh manusia berpuasa adalah kurang daripada biasa, sekiranya berlaku keracunan makanan maka ia akan menjadi lebih serius.''
Penyebab keracunan makanan
``Keracunan makanan berlaku akibat memakan makanan atau meminum air yang dicemari oleh kuman seperti bakteria, virus, organisma-organisma lain, bahan kimia, tumbuhan atau ikan yang beracun.
``Bakteria boleh menyebabkan keracunan makanan melalui infeksi (penambahbiakan bakteria yang banyak) atau intoksikasi (racun yang dihasilkan oleh bakteria) di dalam makanan atau minuman,'' kata Dr. Mohamed Paid.
Secara umumnya, keracunan makanan boleh disebabkan oleh:
* Pencemaran makanan oleh bakteria (Escherrichia coli), virus (Norovirus) dan parasit (toxoplasmosis)
* Toksin yang dihasilkan oleh pembiakan bakteria dalam makanan seperti bakteria Clostridium perfringes, Clostridium botulinum, Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus.
* Toksin yang dihasilkan oleh tumbuhan atau haiwan seperti alga dan ikan
* Bahan-bahan kimia seperti asid borik, racun serangga dan logam berat.
kebanyakan keracunan makanan adalah disebabkan oleh pencemaran makanan atau air oleh bakteria atau toksin yang dihasilkan oleh bakteria berkenaan.
Faktor penyumbang keracunan makanan
Faktor-faktor yang boleh dikaitkan atau menyumbang kepada kejadian keracunan makanan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
* Pengendali makanan atau peniaga yang tidak mengambil berat tentang kebersihan
* Mereka menjalankan kerja-kerja pengendalian makanan dengan tangan yang kotor, kuku yang kotor dan panjang, rambut tidak terurus serta tidak memakai pakaian yang sesuai
* Mereka membiarkan premis makanan atau tempat menjual makanan mereka kotor
* Tidak menutup makanan yang dijual
* Memegang/menyentuh makanan semasa mengendali atau menjual
* Menghisap rokok dan meludah semasa menyedia atau mengendalikan makanan.
Makanan tidak dimasak dengan sempurna
Terdapat banyak mikro-organisma berbahaya di dalam makanan yang berprotein tinggi seperti daging, ayam, makanan laut, telur dan hasil tenusu terutama semasa dalam keadaan mentah.
Daging dan ayam beku daripada peti sejuk mestilah dinyahbekukan dengan sempurna dan dimasak secukupnya untuk memastikan bakteria yang berbahaya itu terhapus.
* Penyimpanan makanan yang sudah dimasak
Makanan yang disediakan awal perlu disimpan dengan baik untuk mengelakkan penambahbiakan bakteria. Bakteria boleh menambahbiak dengan cepat pada suhu bilik.
Makanan yang dimakan panas mesti disimpan pada suhu tetap tidak kurang daripada 600O Celsius manakala makanan yang dimakan sejuk pula mesti disimpan di peti sejuk pada suhu di bawah 40O Celsius.
Keadaan-keadaan penambahbiakan bakteria
* Masa; dalam keadaan yang baik, satu bakteria boleh menambahbiak kepada 2,097,152 dalam masa tujuh jam.
* Suhu; keracunan makanan disebabkan oleh bakteria membiak dengan baik dalam suhu antara 50O hingga 600 O Celsius yang juga dipanggil zon bahaya.
* Makanan; bakteria memerlukan sumber makanan untuk bercambah dan membiak. Jenis makanan yang mana bakteria mudah membiak ialah hasilan tenusu, hasilan telur, daging dan hasil ternakan, hasilan daging dan ayam diproses, hasilan laut dan ikan. Makanan ini dipanggil makanan berisiko.
* Air; bakteria untuk membiak dan berkembang memerlukan keadaan yang lembap. Keadaan yang kering adalah contoh baik yang berkesan untuk pengawetan makanan.
Jenis-jenis makanan berisiko tinggi
Makanan berisiko tinggi adalah jenis-jenis makanan yang tidak tahan lama/cepat rosak atau buruk di mana ia menggalakkan penambahbiakan bakteria yang berbahaya, apabila seseorang memakannya boleh menyebabkan terjadi keracunan makanan. Ini termasuklah:
* Semua masakan daging dan ayam
* Masakan hasilan daging termasuk gulai/kuah
* Susu, pati susu (krim), hasilan tenusu dan kastard (makanan campuran susu, tepung, telur dan gula)
* Masakan telur dan hasilan makanan dibuat dengan telur seperti mayones
* Makanan laut
* Masakan nasi
* Sediaan salad, makanan sayuran mentah cincang berkuah likat (coleslaw), pasta salad
* Sediaan salad buah-buahan.
Sekiranya makanan berisiko tinggi ini dicemari oleh bakteria dan disimpan dalam dalam jangka yang lama melebihi enam jam dan dalam keadaan suhu zon berbahaya iaitu antara 50O ke 600O Celsius, maka keracunan makanan boleh berlaku.
Pencegahan keracunan makanan
Dalam mengawal atau mencegah keracunan makanan daripada berlaku, rantaian kejadian keracunan makanan perlu diputuskan. Rantaian itu ialah:
* Kehadiran bakteria atau penyebab keracunan makanan dalam makanan iaitu makanan telah dicemari.
* Bakteria mendapat keadaan yang sesuai untuk penambahbiakan iaitu suhu (50O ke 600O Celsius), lembapan dan makanan berisiko.
* Musnahkan semua bakteria yang terdapat dalam makanan.
Tiga rantaian kejadian keracunan makanan ini perlu diputuskan dalam usaha untuk mencegah seseorang mendapat keracunan makanan.
Oleh itu semua pihak iaitu pengguna, peniaga dan pengendali makanan perlu memahami rantaian ini sekali gus dapat menghindari keracunan makanan.

No comments:

Post a Comment

ONE N ONLY ME..LIZZIE