Produk makanan Taiwan dipantau


Post by Palladium on Sat 11 Jun 2011, 7:24 pm
+
----
-
11/06/2011 5:55pm

KUALA LUMPUR 11 Jun — Malaysia meningkatkan paras berjaga-jaga bagi
produk makanan yang diimport dari Taiwan ke Tahap 4 Sistem Maklumat
Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) selepas beberapa bahan makanan
dikesan mengandungi karsinogen.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian
itu, melalui Jabatan Keselamatan Makanan, juga memperhebatkan
pemeriksaan bahan makanan yang diimport dari Taiwan di semua pelabuhan.
FoSIM mempunyai empat tahap. Tahap 4 memerlukan setiap konsainan dari
negara sumber diambil sampelnya. Tahap 5 memerlukan konsainan berkenaan
diambil sampelnya dan ditahan di pelabuhan, manakala Tahap 6 memerlukan
konsainan itu ditolak.
Tiong Lai berkata, kementerian itu juga meningkatkan perkongsian
maklumat dengan pihak berkuasa Taiwan dan Hong Kong untuk mengesan ke
negara mana bis(2-ethylhexyl) phthalae (DEHP) dan di-Isononyl
(DINP)telah dijual.
"Sistem pengesanan ini sungguh berkesan. Kami ada senarainya, kami
tahu pihak di Taiwan menjual kepada negara mana dan kami pantau produk
berkenaan untuk mengetahui sama ada makanan itu memasuki negara kita,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan
ke-29 Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi), di sini hari ini. -
Bernama

----Forum Paramedik Malaysia-----

No comments:

Post a Comment

ONE N ONLY ME..LIZZIE