PPKP


30 tan serbuk teh dilupus

Post by <> on Fri 13 Apr 2007, 8:46 am
+
----
-
Oleh MOHD RIZALMAN NOR

KOTA BHARU 12 April – Sebanyak 30 tan serbuk teh hasil rampasan bernilai hampir RM63,000 dilupuskan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Bharu di Tapak Pelupusan Sampah Teluk Kitang, Pantai Sabak, dekat sini, hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Hamzah Awang Hamat berkata, serbuk teh itu dirampas dari sebuah gudang di Jalan Long Yunos, 28 Mac lalu di bawah Peraturan Makanan 1985 kerana mencampurkan bahan pewarna ke dalam serbuk teh.

‘‘Pemilik gudang yang berusia 56 tahun didapati bersalah kerana memiliki bahan tanpa label serta melanggar Peraturan Makanan 1985 di bawah Seksyen 260 (3) dengan mencampurkan bahan pewarna ke dalam serbuk teh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melupuskan serbuk teh berkenaan di tapak pelupusan itu hari ini.

Hamzah memberitahu, pihaknya telah merampas serbuk teh itu dan hasil kajian mendapati, ia mengandungi tiga jenis campuran pewarna iaitu Sunset Yellow FCF, Tatrazine dan Carmoisine.

“Pewarna ini dibenarkan tetapi tidak boleh dicampur dengan serbuk teh kerana ia dipercayai untuk mengelirukan penggemar teh kerana warnanya yang menarik,” jelasnya.

Katanya, serbuk itu dilupuskan setelah pihaknya mendapat kelulusan Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat persetujuan daripada pemiliknya mengikut Seksyen 4 (Cool Akta Makanan 1983.

Beliau berkata, kilang memproses bahan itu dipercayai beroperasi di Pulau Pinang dan gudang tersebut menjadi tempat simpanan sebelum diedarkan kepada pengguna di Pantai Timur.

“Saya meminta orang ramai agar melaporkan kepada kami sekiranya mempunyai maklumat mengenai kedai yang menjual serbuk teh yang mengandungi campuran pewarna ini,”

ehsan : Utusan Malaysia

----Forum Paramedik Malaysia-----

No comments:

Post a Comment

ONE N ONLY ME..LIZZIE