Selsema Burung


Selsema burung
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong
Apa itu Selsema Burung
Selsema burung atau ''influenza avian'' merupakan penyakit burung berjangkit yang mengakibatkan penyakit yang serdahana atau teruk. Semua burung dijangkakan boleh dijangkiti oleh penyakit selsema burung, walaupun sesetengah spesies lebih tahan daripada yang lain. Sesetengah bentuk selsema burung boleh menjangkiti manusia.
Sebab selsema burung
Selsema burung disebabkan oleh 15 sub-jenis virus selsema "influenza" A, sub-jenis selsema burung "avian influenza". Virus yang rendah kemudaratannya mampu, selepas pendam dalam populasi burung atau ayam untuk jangka masa tempoh yang pendek, mampu berubah menjadi virus yang memudaratkan "highly pathogenic". Sehingga kini, semua wabak yang dalam bentuk memudaratkan disebabkan oleh virus selsema A atau H5N1 dari keluarga Orthomyxoviridae, sub-jenis tunggal yang menyebabkan wabak teruk dikalangan manusia.
Cara selsema burung tersebar antara ayam atau burung.
Sentuhan secara langsung dengan burung atau ayam yangdijangkiti, terutamanya najis dan cecair badan, makanan tercemar, air, peralatan sangkar, kenderaan pengangkut, telur pecah yang tercemar, dan pakaian. Burung liar atau burung laut yang tidak menunjukkan sebarang tanda juga boleh menjadi pembawa virus ke pada haiwan ternakan.
Burung yang sembuh dari jangkitan masih mempunyai virus di dalam badan selama 10 hari yang tersebar melalui najis dan cecair badan. Virus yang memudaratkan ini mampu tahan untuk tempoh masa yang lama di dalam tisu badan (daging), air, dan persekitaran, lebih-lebih lagi sekiranya cuaca sejuk.
Jangkitan selsema burung kepada manusia
Selsema burung boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan secara langsung dengan burung liar atau diternak melalui cecair pernafasan, bahan kumuhan, dan permukaan yang tercemar. Terdapat juga kes yang mana virus selsema burung turut dikesan di dalam ternakan babi di Lembah Gelders, Belanda.
Berasaskan pengetahuan semasa, tidak terdapat kes jangkitan virus H5N1 kepada manusia melalui ayam mentah, dibekukan, atau makanan beku berasaskan ayam. Oleh kerana virus H5N1 mudah musnah apabila dipanaskan, jangkitan selsema burung tidak merebak melalui daging ayam yang dimasak dengan sempurna.
Kerisauan terhadap jangkitan selsema burung
Terdapat beberapa sebab kekhuwatiran terhadap jangkitan selsema burung

1. Jangkitan selsema burung mengakibatkan banyak kes kematian.
2. Influenza A yang menyebabkan selsema burung mempunyai keupayaan dan kecenderungan untuk berubah dan bergabung dengan virus sub-jenis influenza dalam manusia, menghasilkan sub-jenis Influenza A yang baru. Sub-jenis baru ini mampu mempunyai ciri-ciri virus selsema manusia yang mudah menjangkiti sesama manusia. Ketiadaan daya ketahanan kepada virus jenis baru ini disebabkan tiadanya jangkitan lepas dan ketiadaan vaksin kepada virus ini untuk mengawal wabak selsema burung, mampu menyebabkan kes jangkitan dan kematian yang tinggi di kalangan penduduk dunia.

Disebabkan keupayaannya untuk menyebabkan penyakit teruk (kemudaratan tinggi) dan berubah menjadi wabak, selsema burung telah menyebabkan wabak dan kematian ayam yang tinggi. Industri penternakan ayam dan industri makanan dibimbangi menghadapi tekanan yang tinggi yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi dan kesan sosial oleh mereka yang kehilangan pekerjaan dari penternak, pengedar, pengangkutan, pekedai, penjaja makanan, dan semua yang terbabit dalam industri makanan.
Tanda jangkitan selsema burung dikalangan ayam
Jangkitan selsema burung menyebabkan tanda yang berbeza pada ayam / burung, dari sakit serdahana sehingga kematian mengejut yang mudah berjangkit mengakibatkan wabak yang teruk.
Penurunan pengeluaran.
3. Pengurangan mengejut dalam penghasilan telur
4. Kepala bengkak dengan lebam dan balung bewarna biru hingga biru gelap dan bintit bisul
5. Pendarahan pada selaput dalaman
6. Kematian mengejut di kalangan ternakan ayam yang boleh mencecah 100%
7. Kesukaran bernafas
8. Lembik atau lumpuh
9. Ayam yang cirit birit secara meluas

Pengasingan virus perlu untuk pengesahan yang tepat.
Tanda jangkitan selsema burung dikalangan manusia
Virus A H5N1 serupa dengan virus selsema lain dan kebanyakannya terhad "self-limiting".
Tanda awal adalah demam dengan suhu melebihi 38 darjah Selsius) , lemah "malaise", "myalgia", perit kerongkong, dan batuk. Mata dan hidung berair dan keradangan "conjunctivitis" dapat dilihat pada sesetengah pesakit. Demam yang berlarutan adalah tanda yang jelas. X-ray dada berguna untuk mengesan jangkitan virus pneumonia awal.
Sebab kematian dan komplikasi adalah paru-paru berair "pneumonia" disebabkan virus, sindrom kesukaran bernafas, dan kegagalan pelbagai fungsi organ.
Cara membezakan jangkitan selsema burung dengan jangkitan selsema biasa, paru-paru berair "pneumonia" atau masalah pernafasan biasa.
Seseorang pesakit disyaki dijangkiti oleh selsema burung sekiranya pesakit mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan kerja pengendalian ayam atau burung. Ini termasuk penternak, penyembelih, pengangkutan (pemandu lori ayam) dan lain-lain.
Rawatan selsema burung.
Rawatan boleh dimulakan tanpa menunggu pengesahan makmal bagi jangkitan H5N1. Rawatan bagi jangkitan H5N1 pada asasnya serupa dengan virus selsema lain. Ubat-ubatan anti virus, sesetengahnya boleh digunakan untuk rawatan dan pencegahan secara perubatan berkesan bagi melawan virus jenis influenza A dalam orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat, dengan sedikit kelemahan. Sesetengah ubat-ubatan ini juga terhad dan harganya mahal.
Bagaimana mencegah jangkitan selsema burung
Larangan mengimport ayam hidup, babi dan hasil ayam, itik dan babi dari negara yang dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah penting untuk mencegah kemasukan jangkitan selsema burung kedalam negara.
Bagi penternak ayam dan mereka yang terbabit dengan pengendalian ayam, itik dan burung lain.
10. Elakkan sebarang hubungan dengan burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
11. Jangan membawa masuk / mengimport haiwan yang tidak pasti tahap kesihatan kedalam kawanan yang dibela.
12. Kawal pergerakan manusia kedalam kawasan ternakan.
13. Sediakan dan guna tempat pencuci tangan dengan bahan basmi kuman. Sediakan aturan yang perlu diikuti pekerja ladang.
14. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung / babi.
15. Lapurkan dengan segera sebarang penyakit berjangkit dikalangan pekerja di ladang ternakan ayam / itik / burung / babi.
16. Elakkan sebarang hubungan dengan ternakan babi disebabkan virus selsema burung mampu merebak kepada babi.

Bagi orang awam dan pengguna.
17. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas mengendalikan daging ayam dengan teliti
18. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum dan selepas memasak.
19. Masak daging ayam / itik / burung / babi dengan sempurna luar dan dalam.
20. Elakkan tempat yang mempunyai burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
21. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung.
22. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan dikalangan mereka yang pernah terdedah kepada ayam / itik / burung / babi yang sakit.

Keselamatan apabila melancung ke kawasan yang dijangkiti selsema burung.
Selsema burung tidak menjangkiti antara manusia. Mereka yang melancung atau melawat ke kawasan yang dijangkiti selsema burung dinasihatkan agar tidak melawat kawasan yang mempunyai burung seperti taman burung, ladang ternakan ayam / itik / burung, zoo, dan pasar basah. Elakkan juga kawasan ternakan babi.


Sumber dari Forum PPKP
Read more...

Pencemaran Bahan Kimia DEHP Di Dalam Produk Lennox Firm Up Collagen Drink
Disiarkan pada 24-06-2011
Kategori DEHP
Penerangan DEHP

PENCEMARAN BAHAN KIMIA DEHP DI DALAM PRODUK LENNOX FIRM UP COLLAGEN DRINK



Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli dan memakan Lennox Firm Up Collagen Drink dari nombor batch F1104001 kerana telah dicemari oleh bahan kimia DEHP. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://fsq.moh.gov.my



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

22 JUN 2011
Read more...

Tajuk Question & Answer (Q & A) : Pencemaran DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP) Di Dalam Makanan
Disiarkan pada 09-06-2011
Kategori DEHP
Penerangan DEHP

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



QUESTION & ANSWER (Q & A)

PENCEMARAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) DI DALAM MAKANAN

___________________________________________________________________



1. Apakah itu DEHP ?

DEHP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut (flexible).



2. Bagaimanakah makanan boleh tercemar dengan DEHP ?

DEHP daripada pembungkus makanan plastik boleh berpindah (migrate) ke dalam makanan.



DEHP juga boleh hadir dalam persekitaran disebabkan oleh pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan plastik dan secara tidak langsung ia boleh mencemari rantaian makanan manusia.



Selain itu, makanan dicemari dengan DEHP kerana ia ditambah ke dalam clouding agent (sejenis aditif makanan) oleh syarikat pengeluar di Taiwan.



3. Apakah kesan pencemaran DEHP dalam makanan pada kesihatan manusia ?

DEHP berkemungkinan boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.



4. Apakah produk makanan yang terlibat dengan pencemaran DEHP?

Produk yang terlibat adalah beberapa produk keluaran syarikat di Taiwan seperti sports drinks, jus buah-buahan, produk jeli, jem, yogurt dan clouding agent.


5. Apakah tindakan KKM bagi memastikan makanan yang diimport adalah selamat dari pencemaran DEHP?

KKM telah mengenakan larangan pengimportan produk makanan keluaran Taiwan yang disahkan tercemar dengan DEHP ke negara ini. Bagi produk makanan keluaran Taiwan seperti sports drinks, jus buah-buahan, produk jeli, jem, yogurt dan clouding agent yang belum disahkan tercemar dengan DEHP, tindakan pemantauan dijalankan di pasaran tempatan dan pintu masuk.



6. Apakah nasihat kepada pengguna

Orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut. Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan keluaran Taiwan dinasihati tidak memakan produk tersebut.



7. Di manakah saya boleh mendapat maklumat berkaitan pencemaran DEHP di dalam makanan ?

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan pencemaran DEHP di dalam makanan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653 atau melayari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM iaitu http://fsq.moh.gov.my atau http://www.moh.gov.my.
Read more...

PPKP


30 tan serbuk teh dilupus

Post by <> on Fri 13 Apr 2007, 8:46 am
+
----
-
Oleh MOHD RIZALMAN NOR

KOTA BHARU 12 April – Sebanyak 30 tan serbuk teh hasil rampasan bernilai hampir RM63,000 dilupuskan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Bharu di Tapak Pelupusan Sampah Teluk Kitang, Pantai Sabak, dekat sini, hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Hamzah Awang Hamat berkata, serbuk teh itu dirampas dari sebuah gudang di Jalan Long Yunos, 28 Mac lalu di bawah Peraturan Makanan 1985 kerana mencampurkan bahan pewarna ke dalam serbuk teh.

‘‘Pemilik gudang yang berusia 56 tahun didapati bersalah kerana memiliki bahan tanpa label serta melanggar Peraturan Makanan 1985 di bawah Seksyen 260 (3) dengan mencampurkan bahan pewarna ke dalam serbuk teh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melupuskan serbuk teh berkenaan di tapak pelupusan itu hari ini.

Hamzah memberitahu, pihaknya telah merampas serbuk teh itu dan hasil kajian mendapati, ia mengandungi tiga jenis campuran pewarna iaitu Sunset Yellow FCF, Tatrazine dan Carmoisine.

“Pewarna ini dibenarkan tetapi tidak boleh dicampur dengan serbuk teh kerana ia dipercayai untuk mengelirukan penggemar teh kerana warnanya yang menarik,” jelasnya.

Katanya, serbuk itu dilupuskan setelah pihaknya mendapat kelulusan Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat persetujuan daripada pemiliknya mengikut Seksyen 4 (Cool Akta Makanan 1983.

Beliau berkata, kilang memproses bahan itu dipercayai beroperasi di Pulau Pinang dan gudang tersebut menjadi tempat simpanan sebelum diedarkan kepada pengguna di Pantai Timur.

“Saya meminta orang ramai agar melaporkan kepada kami sekiranya mempunyai maklumat mengenai kedai yang menjual serbuk teh yang mengandungi campuran pewarna ini,”

ehsan : Utusan Malaysia

----Forum Paramedik Malaysia-----
Read more...
ONE N ONLY ME..LIZZIE